Selasa, 5 Julai 2016

My little love girl 2



"Aku terima nikahnya Nur Ayara Amira binti Haji Amin dengan mas kahwinnya 10ribu tunai"

"Sah"

"Sah"

"Alhamdulillah" Doa dia baca

aku hanya menahan sebak dibelakang ibu. Aku sebolehnya mahu lari dari perkahwinan ni. Kenapa Abah lebih percaya orang tua tu daripada Aya.

Aku benci kau hafiz. Benci gila.

"Hafiz bolehlah pergi dekat Aya. Sarungkan cincin tu di jari Aya ya Hafiz"

Aku masih berteleku disebelah ibu. Ibu berbisik di telinga aku

"Dah besar ya anak ibu ni"
Huhhuhu apa ni ibu......

Tanpa menunggu lama Hafiz terus mendapatkan aku. Wajah tua itu tidak habis habis asyik tersenyum.

"Aya hulurkan jari kamu. Hafiz nak sarung cincin dekat kamu" kata ibu

Aku menghulurkan jari telunjuk ku kepada Hafiz. Ramai mengelakkan aku termasuk Abah dan orang tua di depan aku ini

"Sayang jari manis lah. Bukan jari tu"tutur Abah

Errrkkk salah errkk
Nah 5 jari belah kanan aku bagi dekat kau. Pilih je mana satu.

Zappppsss......
Cincin berlian itu lantas memasuki jari manis ku. Nasiblah muat. Aku merenung cincin itu. Entah berapa ratus ribu dia habiskan untuk cincin ini. Untuk mengetahuan kenduri akad nikah kami biasa biasa saja hanya buat dirumah lah katakan. Hafiz segak dengan baju melayunya yang aku ni hanya mengenakan baju kurung lusuh saja. Itu yang aku mampu.

Sedang leka merenung cincin itu. Terasa apa seulas bibir melekat di dahiku. Mataku membulat. Apakah ini...

Aku merenung mukanya. Mata aku sengaja membulat dan menghantar isyarat 'awak nak mati ke orang tua'

Dia membalas dengan kenyitan mata yang memgoda 'saya rela mati kalau saya kalah malam ni'

Gulp matilah......

"Aya salamlah tangan suami kamu"

Aku terpinga kucapai tangan itu lalu kuhantukkan ke dahi. Terasa seperti kepala ku diusap lembut. Aaaahhhh damai...

"I will never let you go, NEVER"

aku sudah tidak keruan.

"Alhamdulillah selesai pun. Hafiz dengan Aya balik sekali ya. Ibu balik dengan Abah. Hafiz bawa anak ibu elok elok ya"

Hafiz mengangguk saja. Matilah kau Ayara........


Isnin, 4 Julai 2016

my little love girl




PANGGGG!!!!!

"Anak kurang ajar aku didik kau dari kecil, aku tatang kau macam minyak yang penuh ni balasan kau dekat aku ye, kau memang anak tak guna Aya, kau anak tak guna"

Sakit. Sangat sakit bila di tuduh oleh Bapa sendiri. Tapi lagi sakit aku diperangkap khalwat.
Aku melutut sambil memeluk kaki abah. Bukan salah Aya abah. Bukan!!. Mata aku mengerling ke arah lelaki tua yang sedang duduk santai ni kerusi rotan bersebelahan Abah. Senyuman manis dilontarkan kepada ku.

"Aya kena perangkap dengan lelaki tua ni Abah.  Ni salah ni bukan salah Aya. Takkan Abah lebih percayakan orang luar daripada anak Abah sendiri" teresak-esak aku menangis

Abah memandang raut wajah ku. Tangan ku ditarik agar duduk bersebelahan Abah.

"Tapi Abah malu Aya. Abah malu sangat bila orang mengata anak Abah. Tolong Aya jangan malukan Abah. Kahwin dengan Hafiz ya Aya" tutur Abah

Aku tidak dapat menahan marah lantas aku bangun dari kedudukan tapak tangan ku segera menampar Hafiz yang masih tersenyum dengan perbuatan ku itu.

"Ayara Amira!!!"

Panggg!!!! Sekali lagi aku ditampar.


"Kenapa degil sangat ni Aya. Kahwin dengan Hafiz atau Aya jangan mengaku Abah ni Abah Aya lagi" Abah berlalu masuk kedalam bilik meninggalkan aku dan Hafiz diruang tamu rumah. Air mataku masih lagi mengalir deras dipipi.

"Senang je. kalau sayang ikut cakap Abang dari mulakan senang tak ada lah sayang kena tampar dengan Abah"

Demi Abah aku sanggup korbankan diri aku. Aku rela jadi isteri dia dikala aku masih belasan tahun. Tapi aku tak rela kalau aku dibuang oleh Abah...................